10 Cara Makeup Natural | Tips Cantik | DIY Makeup

Berikut adalah 10 tips makeup untuk natural look:


1) Kulit yang bersih adalah penting. Menggunakan mekap pada muka selepas bangun tidur adalah salah sama sekali. Meletakkan ‘foundation’ ke atas permukaan kulit yang kotor selepas berjam-jam menghabiskan masa di luar juga salah! Memastikan muka anda sebersih mungkin adalah rule nombor satu untuk memiliki natural look. Bersihkan muka anda menggunakan pembersih muka kesukaan anda diikuti dengan mengelap muka anda dengan air yang panas supaya liang pada permukaan muka mengembang. Selepas itu, gunakan toner untuk mengecutkan semula liang roma pada muka. Rehatkan kulit muka untuk beberapa minit sebelum memulakan proses makeup.





2) Persediaan kulit sebelum makeup. Persediaan ini penting mengikut jenis kulit anda. Untuk kulit yang berminyak, pastikan anda menggunakan moisturizer (pelembap) yang bersesuaian. Jikalau kulit anda jenis yang kering, hydrating cream lebih sesuai. Kalau anda punyai budget yang lebih, boleh gunakan makeup base. Dengan teknik ini, anda telah menyesuaikan/menyediakan kulit anda untuk memastikan proses mekap lebih sempurna.







3) Tutupkan cacat cela. Gunakan ‘concealer’ untuk menutup cela (parut/jerawat). Saya sarankan anda menggunakan barang organik, kerana jikalau concealer mempunyai terlampau banyak kandungan kimia berbanding organik, makeup anda tidak tahan lama. Concealer juga berguna untuk menghilangkan hitam di bawah mata.



4) Aplikasi foundation. Mungkin nampak mudah, tapi tidak sekali! Perkara paling penting iaitu proses pemilihan tona warna yang sesuai akan mengambil masa dan mungkin boleh silap pada pembelian kali pertama. Ingat, tidak semestinya foundation yang branded atau mahal mempunyai ton warna yang sesuai dengan anda. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan shade/tona yang hampir sama dengan tona natural muka anda. 





Foundation Powder Mac
5) Untuk kulit yang berminyak, pastikan anda menyapu foundation powder selepas mengaplikasikan foundation liquid ke atas muka. Jangan guna dua foundation liquid yang berbeza kerana khuatir akan menyebabkan muka anda kelihatan seperti ‘dolly’. 






Aplikasi Blusher pada Pipi
6) Tampakkan seri wajah! Untuk mengekalkan style makeup yang natural, pastikan anda menggunakan light blusher sahaja dan tidak perlu menggunakan shimmer blusher/highlighter yang anda mungkin cuma akan guna sekiranya ingin ke parti atau special event. Pastikan tona blusher lebih gelap berbanding tona foundation. Tips: Penggunaan blusher yang terlampau sedikit juga akan menyebabkan wajah anda kelihatan seperti ‘dolly’ dan tidak natural. 



7) Pastikan yang terbaik untuk mata anda. Gunakan pensel celak dan ikut bentuk mata. Boleh pilih samada nak gariskan hanya di bahagian atas kelopak mata atau di bawah mata sekali.  Akhir sekali, tambahkan eyeshadow berwarna light beige atau pink.

Pensel celak
Eyeshadow warna natural

Aplikasi maskara beserta pengepit mata
8) Bahagian maskara. Jangan sesekali lupa guna maskara. Kebiasaannya boleh menggunakan maskara hitam. Tetapi jikalau anda mempunyai tona muka yang pucat atau cerah, menggunakan maskara berwarna perang ok juga. Sebelum apply maskara, jangan lupa menggunakan pengepit mata. 












9) Kemasan lipstik. Ada mitos mengatakan lipstik tidak sesuai untuk makeup natural. Tetapi ini tidak benar sama sekali. Sebaliknya, membiarkan muka anda tanpa lipstik menyebabkan makeup anda nampak artificial, pucat dan kurang natural. Pastikan penggunaan tona lipstik menaikkan tona asal bibir tetapi dengan syarat tona warna yang dipilih masih mengekalkan keseimbangan warna muka agar kekal natural. Boleh guna lipstik yang shining tetapi warna boleh guna yang pastel seperti romantic light pink, neutral beige dan simple red – mana-mana yang terdekat dengan warna bibir anda. 
Tips: Jikalau ingin lipstik kekal lama, guna lipstik jenis matte. 


10) Lihat cermin! Perfect natural look! :)



Makeup Gombak, Setapak, Wangsa Maju

Makeup Nikah di Setapak

Makeup Nikah di Wangsa Maju

Makeup Dinner

Makeup Dinner



Makeup Graduation Gombak