Makeup Nikah / Makeup Dinner / Makeup Graduation Murah Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Batu Caves, Setapak

Hubungi saya melalui WhatsApp di +60193722656
- Harga dari RM80 dan ke atas
- Cuma mengambil tempahan untuk apa jua majlis Sabtu dan Ahad sahaja
- Untuk pelanggan yang bertudung sahaja
Makeup Nikah / Makeup Dinner / Makeup Graduation Murah Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Batu Caves, Setapak

Makeup Nikah / Makeup Dinner / Makeup Graduation Murah Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Batu Caves, Setapak

Makeup Nikah / Makeup Dinner / Makeup Graduation Murah Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Batu Caves, Setapak

Kulit Muka/Kepala Sensitif? Muka Berjerawat? Pening Kepala? Rambut Gugur? Elakkan Penggunaan Bahan Kimia Ini

Bahan-bahan di bawah banyak digunakan dalam:

  • Barang kosmetik
  • Syampu
  • Pencuci muka
  • Sabun
  • Minyak wangi
  • Gel rambut
Sekiranya anda mempunyai MANA-MANA SALAH SATU simtom-simtom seperti berikut selepas penggunaan mana-mana bahan di atas:
  1. Sakit kepala/Migrain yang berterusan
  2. Kulit muka tiba-tiba tumbuh ruam dan jerawat batu secara banyak
  3. Rambut semakin gugur
  4. Kulit kepala semakin kering dan menggelupas
  5. Kulit pada badan gatal-gatal
Ini bermaksud anda berkemungkinan besar menghadapi alergi terhadap bahan-bahan di bawah:


  1. Quaternium-15
  2. Paraben
  3. Myroxylon pereirae (balsam of Peru)
  4. Fragrance mix 1
  5. p-Phenylenediamine
  6. Methyldibromoglutaronitrile/phenoxyethanol
  7. Formaldehyde
  8. Tosylamide formaldehyde resin
  9. Cocamidopropyl betaine
  10. Glyceryl thioglycolate
  11. Diazolidinyl urea
  12. DMDM hydantoin
  13. Lanolin alcohol
  14. Imidazolidinyl urea
  15. Methylchloroisothiazolinone/methylisothiazolinone
  16. Methyl methacrylate
  17. Amidoamine
  18. Propylene glycol
  19. DMDM hydantoin
  20. Imidazolidinyl urea
Sebaiknya, semak dulu list di atas sebelum membeli mana-mana jenama kosmetik, syampu, pencuci muka, toner, conditioner rambut dan sebagainya.

Antara jenama yang bebas daripada hampir kesemua bahan alergen di atas adalah seperti:
a) Original Sprout
b) Ceela Naturals
c) Buttercup Naturals
d) Burt's Bees
e) Hugo Naturals

Petua Merawat Penyakit Kuku Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum semua.

Harini sy baru ada masa nak cerita pengalaman saya jaga anak saya naufal terkena penyakit kuku kaki tangan dan mulut. Kalau ada yang pernah baca blog saya, entry dulu sy cerita pengalaman jaga anak sy sakit pneumonia kali ni allah uji sy lg dalam menjaga anak bila naufal terkena penyakit berjangkit bahaya kuku kaki tangan dan mulut ni pulak waktu umur 9 bulan. Ada sesiapa x yang pernah dengar pasal penyakit kuku kaki tangan dan mulut ni sebelum ni? atau singkatan dy HFMD.

Pada sy ni mmg first time tahu pasal penyakit ni terkejut bila doktor cakap anak sy terkena penyakit ni, doktor ada bertanya kepada sy 'adakah anak sy duduk di taska' tapi sy menidakkan sebab sy seorang suri rumah sepenuh masa menjaga naufal di rumah. Doktor tanya soalan tu kpd sy sebab doktor cakap kebanyakan anak2 kecil yang kena penyakit ni adalah dari rumah pengasuh atau di taska di mana kebersihan persekitaran yang tidak terjaga serta ramai budak dalam satu tempat menggalakkan dan memudahkan penyakit berjangkit ini berlaku.

Kira penyakit berjangkit ni berlaku di tempat orang ramai. Saya dan husband mmg kerap bawak naufal berjalan2 di tempat orang ramai macam shopping mall,pasar malam dll doktor syak anak sy dah terjangkit dengan salah seorang pesakit HFMD yang berada di tempat orang ramai tu. Kemudian sy pun mengingati kembali mmg seminggu sebelum naufal sakit ada terperasan sorang budak mak dy dukung dy dengan mulut penuh merah2 tompok2 seperti orang yang berpenyakit kaki tangan dan mulut ni di sebuah pasaraya ktorang selalu beli barang dapur.

Tapi yelah kita xnak la bersangka buruk pada orang lain kita x tahu perkara sebenar sebab xdek la pulak nak nyibuk tanya kt orang tu 'akak anak sakit ape tu kt mulut'? hish x baik pulak penyibuk sangat kan..hihik.ntah2 hanya ruam susu je kot dalam hati saya cakap ketika itu. oklah nak citer masa naufal mula2 kena tu ingat dy kena ruam biasa je tapi gatal (tengok dy garu2 je) dekat siku, dan lutut.



Sumber dari Google

Lepas 2 hari benda gatal kat siku dan lutut tu jadi bijik2 makin timbul besar dan berair- rair sehingga merebak di kaki, tapak kaki dan sekitar pergelangan tangan dan di dalam mulut naufal penuh ulser lelangit dy sangat teruk sampai naufal x lalu langsung makan dan agak kurang nak menyusu badan. Sepanjang naufal kena dy asyik menangis je meragam sedih sangat masa tu sy pun cari la iktiar apa2 untuk ubatkan naufal. Doktor hanya bagi ubat krim untuk sapu pada tempat sakit dan gatal untuk naufal selebihnya sy hanya menggunakan bahan2 semulajadi untuk mengubat dy.

Lepas sy google2 sy terjumpa daun pokok semambu baik untuk segala penyakit kulit.

Kebetulan daun pokok semambu tu orang india banyak pakai untuk upacara sembahyang dorang sy agak jer ni! kihkihkih sebab banyak jual kat batu caves, kebetulan rumah sy paling dekat ngan batu caves pe lagi gigih suami saya masuk batu caves beli daun tuh.. harga dy murah jer satu plastik 5 ringgit dapat banyak la jugak.




Sy sebenarnya try n error je cara2 ubat naufal ni.hihik.tapi jadi pulak alhamdulillah tu share ngan korang tuh. Mak saya cakap letak bedak sejuk yang biji2 dari bahan beras tu kat tempat sakit tu, disebabkan daun semambu sy dah beli dan mmg baik untuk kulit saya pun blend daun semambu tersebut kemudian campurkan dengan bedak sejuk biji2 tu tadi. Ha kita gabung terus kebaikan dua bahan tu tadi.

Alhamdulillah dengan berkat doa dan iktiar ni hasilnya 4 hari jer naufal dah baik tanpa tinggalkan kesan parut pada kaki tangan naufal. doktor agak terkejut sy berjaya rawat anak sy dengan cepat sebab kebanyakannya ambil masa seminggu ke 2 minggu baru sembuh doktor cakap. Lupa cakap yang untuk ulser mulut tu suami ada beli ubat sembur ulser di farmasi untuk baikkan mulut naufal (nanti sy tunjuk gambar).



Untuk kemudahan pembaca saya ringkaskan bahan2 serta cara atau Petua Semulajadi Merawat Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

BAHAN-BAHAN 
1. Daun Pokok Semambu

2. Bedak Sejuk Biji (xkisah jenama apa pun)



CARA-CARA 
1. Basuh bersih daun semambu
2. Blend daun semambu hancur. (kita nak lendir dari daun tu)
3. Campur air daun semambu dengan bedak sejuk sampai dia likat ( agak2 boleh senang lekat la ye) 4. Kemudian, dengan selawat 3x sapulah pada tempat sakit dan gatal tu sampai kering. Bila dah kering tukar dengan yang baru (letak yang baru lagi). Buat kerap sampai anak baik.