Jom Booking Hotel dengan Trivago!

Hubby saya mmg betul2 peminat Trivago sejak2 starting advertisement keluar dalam TV few years back. Dah macam2 tempat hubby saya book hotel dengan Trivago - sebab dia kata yang best pasal Trivago ni is because dia bole cari deal hotel yang paling murah untuk bilik yang sama.

Rasanya banyak tempat dah kitorang book pakai ni; Kuala Terengganu, Redang, Cameron Highlands, Johor Bahru, Melaka, eh banyak lah jawab nye. So ini saya ambik kesempatan ni utk introduce pada korang pasal Trivago ni.

Mudah je guna Trivago ni:

First step: Taip trivago.com



Second step: Taipkan destinasi yang nak pergi tu (pilih yang ada paling banyak bilangan hotel)

Third step: Pilih tarikh korang nak check-in and check-out termasuk jenis bilik.
Fourth step: Dah settle tu (ini tips kalo nak tengok paling murah - terus tekan dekat 'Sort by Popularity' tu tukarkan dengan 'Focus on Price')
Fifth step: Personally, saya galakkan korang untuk pilih at least Minimum 3 star dan ambik rating yang muka color hijau so that hotel korang tu agak decent skit.
Sixth step: Kalo nak list down semua deal and compare serta merta kalo dah jumpa hotel yang y'all nak, tekan dekat 'More Deals'

Pastu, habiskan pembayaran secara online dan lengkapkan proses tempahan - itu sahaja!

Mudah kan? 





Trivago - enjin pencarian hotel terbesar di dunia

Carian hotel trivago membolehkan pengguna untuk membandingkan harga hotel dalam hanya beberapa klik dari lebih daripada 250 laman tempahan bagi lebih 1,000,000 hotel di seluruh dunia. Lebih daripada 120 juta pengguna menggunakan perbandingan hotel setiap bulan dan dapat berjimat sehingga 36 peratus untuk bilik hotel yang sama, di bandar yang sama. Dapatkan maklumat untuk perjalanan hujung minggu anda ke destinasi seperti Pulau Pinang atau Cameron Highlands dan anda boleh mencari hotel yang betul-betul di trivago. Langkawi dan kawasan sekitarnya yang besar untuk perjalanan yang seminggu atau lebih lama dengan pelbagai hotel yang tersedia.

Cari Hotel Murah Di Trivago

Dengan Trivago anda boleh dengan mudah mencari hotel ideal anda pada kadar yang terbaik. Hanya masukkan lokasi destinasi anda dan tarikh perjalanan yang anda inginkan, dan biarkan enjin carian mereka yang membandingkan harga penginapan untuk anda. Untuk menapis hasil carian anda, hanya tapis mengikut harga, jarak (cth dari pantai), bilangan bintang, kemudahan dan banyak lagi. Dari asrama bajet ke suite mewah, trivago menjadikannya mudah untuk menempah dalam talian. Anda boleh mencari dari pelbagai jenis bilik dan lokasi di seluruh Malaysia ke bandar-bandar popular dan destinasi percutian di luar negara seperti Paris dan London!

Ulasan Hotel Mampu Membantu Anda Mencari Hotel Ideal Anda
140 juta ulasan hotel dari pengguna kami dan lebih daripada 14 juta gambar membolehkan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ke mana anda ingin duduki. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan hotel, trivago menunjukkan purata penilaian dan ulasan yang meluas dari laman tempahan lain, seperti Hotels.com, Expedia, hotel terkemuka, dan lain-lain. trivago memudahkan anda untuk mencari maklumat tentang perjalanan hujung minggu anda.

Cara Membuat Tempahan
Mudah sahaja! Pilih, banding, dan tekan 'Lihat Tawaran'.


Resepi Ayam Bakar Madu Kicap

Assalamulaikum.

Resepi Ayam Bakar Madu

Hari selasa lepas hubby saya demam dan sakit tekak katanya.Dia x berapa selera nak makan. Dah tu saya tnye la dia nak mkn apa kasi bukak selera anak tekak dia tuh.Pastu dia request anak tekak dia cakap nak makan ayam bakar madu. Makkk aiii! dalam hati aku dia ni betul2 demam ke saja nak manja2 ngn aku request gitu ingt org demam selera mkn sup2 jer..hikhik.Ni demam manja namanya nih..:). Xpelah asal hubby nak makan then cepat sihat saya x kesah.Saya pun ready2lah nak bukak langkah nak bersilat kat dapur..Watchaaa!

Saya cari En.Google resepi nih semua keluar cakap Indonesia maksudnye resepi ni mmg popular dekat negara jiran kita nih. Tapi lepas saya tgk dorg punye resepi agak leceh dan payah nak buat saya pun terpikir nak buat sendiri je versi saya punyer. Oh lupa cakap hubby mmg suka sgt kepak madu dekat Uptown Setapak. Ayam Bakar Madu kat situ mmg sgt sedap warna dia pun menarik giler dgn bau dia pehhhh mmg mengancam tekak. So saya punya resepi ni saya dapat inspirasi dari makan kat uptown tuh lah.Resepi sebenar tauke kedai saya x tahu ni mmg resepi yg saya buat sendiri,lepas percubaan masak beberapa kali dan hubby bg 10 star tuh yg buat rasa nak share resepi ni kat semua.

Resepi ayam bakar madu saya tersangat mudah barang2 yg dipakai pun senang di cari. Resepi ni ikut berapa banyaklah korg nak masak cam saya masak 4 ketul peha ayam jer yelah kat rumah 2 org jer makan. Oklah perut pun dah berkeroncong sekarang nih. Kepada sapa2 yg nak try bolehlah cuba resepi ayam bakar madu sedap ni di bawah yer.Good luck!

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Resepi Ayam Bakar Madu


BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM BAKAR:
Ayam - 4 ketul paha ayam
Bawang Putih - 5 ulas ( yg ni tumbuk taw)
Sos Tiram - 5 sudu besar
Serbuk cili - 3 sudu besar
Madu - (agak 2 kemanisan yg awk nak.   
Pastikan rata ke seluruh badan ayam tu yer.)
Black Pepper halus - 4 sudu kecil
Garam - Secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KICAP: Perlu masak sampai pekat.
Lebihan air perapan ayam tadi
Tepung jagung
Kicap pekat - 1 sudu besar
Madu - 2 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa    

CARA-CARA:
masak ayam
1) Rebus ayam sampai masak isi dalam ayam tuh sebelum lumur bahan.
2) Kemudian, lumur bahan2 di atas pada ayam. Selepas tuh perapkan ayam selama 2-3 jam.
3) Terakhir sekali boleh bakar terus atas gas. x pun yg pakai oven boleh bakar 220 c selama 30 minit..(perhati jgk ayam tu ye)